Sunday, 15 December 2013

Warna Pastel

Antara warna-warna pastel yang menjadi pilihan untuk scallop khemah kahwin Izzi Canopy adalah warna peach, hijau, lavender. Warna pastel menghasilkan calming effect tau. Tak caya? Cuba tengok ni…


Kombinasi peach & putih 


Hiasan artificial flower yang sama warna menambahkan lagi seri meja tetamu



Kombinasi peach & pastel green



Shuweeetttt kan? 


Kesimpulannya, pilihan warna yang betul memang memainkan peranan penting untuk menghasilkan effect yang kita nak. Pilih kaler betul-betul ya Izzipeeps

Sampai jumpa lagi 

As salam
~ Izzi Canopy ~

Tuesday, 10 December 2013

Si Mint Green

As salam #izzipeeps. Dah lama betul tak update blog. Busy semedang katanya… 

Alhamdulillah, musim cuti sekolah ni, Izzi Canopy busy sikit, dengan tempahan majlis kahwin mostly. Kadang-kadang tu, satu minggu 2-3 tempahan sekali. Kami gagahkan jua demi #izzipeeps. 

Satu tempahan yang kami terima untuk majlis pertunangan. Pakej Transparent Arabian Canopy dengan tema mint green. Walaupuna sekarang ni musim hujan, tapi alhamdulillah, sepanjang tempoh pemasangan cuaca sangat cantik, tak hujan, tak panas… sedang-sedang jer.. :)

Kerja pemasangan berjalan sangat lancar. Dalam masa kurang 2 jam dah siap pasang … Taraaaaa



Kerusi Chiavary untuk tetamu VIP


Sinaran fairy lights. suker suker suker 



Terima kasih daun keladi kepada Vea atas tempahan ni, ada rezeki, kita jumpa lagi yea :)





Monday, 4 November 2013

Transparent Canopy

Selamat Tahun Baru!! Azam tahun baru kami, nak improvekan lagi servis Izzi Canopy, pelbagaikan lagi perkhidmatan dan produk kami supaya pelanggan kami dapat menikmati momen indah majlis mereka selama-lamanya

Well, speaking of pelbagaikan lagi produk kami, Izzi Canopy berbesar hati memaklumkan sekarang kami dah ada Transparent Canopy. Kan dah kata, Izzi Canopy nak pelbagaikan lagi produk kitew..

Transparent Canopy sesuai digunakan untuk majlis di waktu malam. Kami menggunakan banyak fairy lights, untuk menaikkan dan menambah keserian hiasan kanopi, yang bertemakan Arabian Night.



Rasa happy jer bila duduk bawah canopy ni. Kan? 



Penggunaan fairy lights, membantu menaikkan seri hiasan canopy

Bird-eye view Transparent Canopy

Hiasan khemah yang berkonsepkan Arabian Night

Harapan kami di Izzi Canopy, semoga di Tahun Baru ini, Allah swt permudahkan lagi urusan kami untuk membantu pelanggan menjayakan majlis mereka dan semoga Allah merahmati kita semua. Aaminn.. 


Izzi Canopy

Tuesday, 22 October 2013

Tahun baru, perancangan baru

Wah... diam tak diam dah nak dekat penghujung bulan Oktober dah yea... pejam celik, pejam celik, pasang khemah, bukak khemah... dah nak masuk ke tahun 2014.

Biasalah, mommies selalunya yang sibuk nak plan tahun depan nak buat apa, tahun depan nak ke mana kan? Ha... #izzicanopy dah carikan kalendar untuk uols

Kepada bakal-bakal pengantin, inilah masanya nak cari tarikh-tarikh yang sesuai nak buat majlis kahwin tu nanti. Banyak masa lagi nak booking khemah kahwin yang nak grand, nak transparent, nak berkonsep Arabian, Moroccon, Japanese, Javanes, katering yang masak lauk sedap-sedap supaya tetamu makan dengan gembiranya..

Happy planning!



Izzi Canopy

Sunday, 13 October 2013

DIY underlayer

Baru-baru ni, kami ada terima tempahan dari pelanggan yang akan mengadakan majlis pertunangan. Majlis yang simple dengan jemputan dari kalangan ahli keluarga terdekat sahaja dan majlis dibuat waktu tengahari. 

Cabarannya adalah.... jeng jeng jeng... pelanggan meminta kami meletakkan khemah di dalam kawasan porch rumah yang ada berbumbung. Cuma, bumbung rumahnya jenis acrylic yang see through dan memandangkan majlisnya di waktu tengahari, pelanggan meminta kami untuk menyediakan alas untuk 'mengurangkan' bahang. Ketinggian porch rumah adalah lebih kurang 9 kaki sahaja.. hmmmm memang tak cukup tinggi nak pasang canvas khemah.

Teringat kata-kata mentor, selalu niatkan tujuan kita berniaga adalah untuk menyelesaikan masalah pelanggan.. kami pun mencadangkan untuk memasang DIY underlayer yang dipasang atas frame khemah... kiranya, underlayer ni, kami siapkan sendiri, tanpa dijahit ya.. haaaa camana tuh? inilah hasilnya.... 

 Kain underlayer yang dipasang atas frame khemah

 Lebihan kain dihujung, dijadikan scallop tepi



 Kerusi Chiavary untuk tetamu jemputan 
Selesaikan masalahnya? Alhamdulillah, majlis pertunangan tersebut berjalan lancar dan kami doakan kebahagiaan F&S.


Izzi Canopy

 

Saturday, 12 October 2013

Meja makan beradap

Yang ni saya cuma nak sharekan gambar meja makan beradap dengan pilihan warna cream & gold. Less is more.

Meja makan beradap untuk 12 tetamu 


Bunga hiasan yang simple, yet compliment the colours



Kepada Izzipeeps, selamat berhujung minggu! 


Izzi Canopy

Tema: Fuchsia Pink & Creamy Yellow

As salam semua... wah lama betul saya tak jenguk blog nih.. Cuma skali skali post kat dalam FB tu.. Bukan apa, cuma lately ni, Izzi Canopy sibuk sikit, alhamdullillah, permintaan dari pelanggan bertambah dari hari ke hari.. terima kasih daun keladi uollssss

Malam semalam kami setting di Puchong, masa mula-mula terima tempahan untuk warna ni, saya tertanya sendiri cantik ke nanti.... Tapi sampai bila fikir-fikir takkan Izzi Canopy tak nak be adventures dan cuba kaler-kaler baru kan? so... ini lah hasilnya... Cantik rupanya uolssss (eh... syok sendiri sudah)

Apa-apa pun, bagi komen pasal kaler ni ekk..


                                      Nak dekat siap dah masa ni, cergas lagi team Izzi Canopy 

                                                  Kerusi mempelai dengan hiasan centerpiece

Meja makan beradap untuk 10 tetamu



                     Hidangan untuk tetamu VIP yang semestinya menyelerakan! nyum nyum!


So, apa verdictnya? Cantik ke cantik? Kannnnnnn? 

Sampai jumpa di lain kali... 


Izzi Canopy 





Sunday, 8 September 2013

Cahaya cahaya cinta

Tak poyo kan tajuk tu? hehehe...

Basically permintaan pelanggan untuk projek kali ni adalah kombinasi cahaya dan warna. Warna pilihan Beliau adalah dark purple dan lavender.. memang kombinasi yang cantik, ditambah lagi dengan penataan cahaya lampu chandelier .. So... inilah hasilnya..

ambil gambar guna handfon jer, inilah hasilnya...



mengendap di celah kereta untuk ambil shot ni.. nasib tak kena sergah dengan tetamu lain .. hehehe

Ni shot jauh sikit ...



Meriahkan majlis ni? Jadi... kalau nak abadikan majlis anda seperti cahaya cahaya cinta, sila la hubungi Izzi Canopy di 012 21333387 atau 0122115885 untuk pertanyaan. Suara lemak merdu kami sentiasa bersedia untuk menerima panggilan anda


#izzicanopy 

Thursday, 22 August 2013

Mood beraya di Ofis

 
Majlis sambutan Hari Raya 2013 dan Staff Gathering. Walau di mana dan bagaimana cara sambutannya, yang penting, jalinan mesra antara kakitangan terjalin erat.. tak gitu? 
 
 
 Dengan tema warna peach & pastel green, berserta dengan hiasan yang minimal (less is more) menambahkan lagi kecerian majlis ni



Tuesday, 20 August 2013

Bawang merah, bawang putih

Selamat Hari Raya!.. Wah wah wah.. masing-masing semua masih dalam mood beraya yea..Berapa open house minggu ni?

Kami di Izzi Canopy, dapat la jugak penuhi satu dua jemputan rumah terbuka.. pada kawan-kawan yang kami tak dapat hadir tu, sepuluh jari ku hulurkan.. minta ampun dan maaf ya. Bercerita pasal open house ni, Alhamdulillah, banyak sungguh tempahan yang kami terima.. Walaupun ada yang sangat-sangat last minit.. kami cuba penuhi.. pssssttttttt tahun depan, place order awal2 yea..

Salah satu tempahan diterima dari Kak Norma dari Changkat Hartamas 2. Putih merupakan warna pilihan Kak Norma. terima kasih daun keladi Kak Norma!

Proses pemasangan khemah ni bermula dari pukul 12:30am dan siap lebih kurang 3:00am. Demi memenuhi permintaan pelanggan, Team Izzi Canopy gagahkan jugak... . Tanya orang sebelah, ko boleh?


 
 Khemah mula dipasang pukul 12:30 am

Dua setengah jam kemudian....
 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\\    //
                                                                               \\ //
 
 taraaaaaaaaaa........ 
 
 
Siap sudahhhhhh.....



alas meja kain damask

Side-buffet concept

 

Sebarang pertanyaan untuk tempahan khemah, samada khemah kahwin atau majlis keraian yang lain, sila la hubungi kami di +6012 2133387 / +6012 2133387