Cabarannya adalah.... jeng jeng jeng... pelanggan meminta kami meletakkan khemah di dalam kawasan porch rumah yang ada berbumbung. Cuma, bumbung rumahnya jenis acrylic yang see through dan memandangkan majlisnya di waktu tengahari, pelanggan meminta kami untuk menyediakan alas untuk 'mengurangkan' bahang. Ketinggian porch rumah adalah lebih kurang 9 kaki sahaja.. hmmmm memang tak cukup tinggi nak pasang canvas khemah.
Teringat kata-kata mentor, selalu niatkan tujuan kita berniaga adalah untuk menyelesaikan masalah pelanggan.. kami pun mencadangkan untuk memasang DIY underlayer yang dipasang atas frame khemah... kiranya, underlayer ni, kami siapkan sendiri, tanpa dijahit ya.. haaaa camana tuh? inilah hasilnya....
Kain underlayer yang dipasang atas frame khemah
Lebihan kain dihujung, dijadikan scallop tepi
Kerusi Chiavary untuk tetamu jemputan
Selesaikan masalahnya? Alhamdulillah, majlis pertunangan tersebut berjalan lancar dan kami doakan kebahagiaan F&S.
Izzi Canopy
Salam, saya nak tanye kalau saya nak buat underlayer kat porch kereta luat lebar 20ft panjang 30ft tinggi 10 ft boleh ke? Saya bercadang nak letak pelamin di situ so nak tutup rangka atap tu biar nampak camtuk bile bergambar
ReplyDelete