Basically, kita pilih satu-satu tarikh tu sebab:
1. Senang nak ingat –
selalunya sama hari dengan besday kita
2. Nombor cantik..
contoh: 20-11-2011, 12-12-12, 20-12-2012
3. Masa tu cuti panjang,
especially bila jatuh pada hari cuti umum macam hari Pekerja, hari Kemerdekaan dan
masa cuti sekolah (paling popular).
Kelebihan:
1. Bila nombor 20102010,
8888, 111111, 121212 tertera pada kad kawen, bunting yang ada gambar pre-wed
tu, kan suker! Cantik kan bang tarikh kawen kitew…. *mata kelip-kelip*
2. Senang nak ingat
especially bila time anniversary….ini ditujukan kepada para suami.. takde sebab
tak dapat hadiah anniversary eh..
3. Hari istimewa anda
diraikan satu Malaysia.. hehehe.. bila hari tu kebetulan ada cuti panjang
sempena cuti Hari Pekerja, Hari Kemerdekaan *bunga api kat KLCC* .. 1Malaysia celebrate dengan kita
..
Kekurangan:
1. Hari tu jugak ramai
lah pasangan lain yang buat perancangan nak kawen… sampai pening tok kadi.. tak
cukup tangan okeh.. berkejar ke sana sini, nak sempurnakan hajat sang
pengantin… tak baik kecikkan hati orang, ye tak?
2. Booking untuk pakej
perkahwinan untuk tarikh-tarikh hawt tu sure dah penuh, sebab selalunya booking
untuk tarikh-tarikh cantik ni, dah dibuat selewat-lewatnya 12 bulan sebelum tu…
*hint2: baik buat booking cecepat dik non.. boleh la hubungi Izzi Canopy & Catering
sekarang ya*
3. Kawan-kawan kita pun
pening, sebab wedding invitations untuk
tarikh istimewa selalunya banyak. Kalau satu negeri takpe, buatnya, satu kat
Penang, satu kat Kelantan, satu kat Negeri Sembilan..? Dua-dua besfren.. kalau
tak pegi confirm perang dingin dua purnama..
Itu belum masuk birthday party anak sedara, cukur jambul anak jiran
lagi.. haihhhh stress...
Jadi bila kita dah berkira-kira
nak makan nasi minyak tu, kena la juga consider bila kita adakan majlis tu ya.
Lebih penting lagi, boleh buat booking awal.. psssttttt, selalunya bila booking
awal-awal ni, dapat harga terbaek taw berbanding dengan tempahan dibuat untuk
majlis yang sebulan dua lagi..
So apa pun tarikh yang
anda pilih, semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Amin..
No comments:
Post a Comment