Wah... diam tak diam dah nak dekat penghujung bulan Oktober dah yea... pejam celik, pejam celik, pasang khemah, bukak khemah... dah nak masuk ke tahun 2014.
Biasalah, mommies selalunya yang sibuk nak plan tahun depan nak buat apa, tahun depan nak ke mana kan? Ha... #izzicanopy dah carikan kalendar untuk uols
Kepada bakal-bakal pengantin, inilah masanya nak cari tarikh-tarikh yang sesuai nak buat majlis kahwin tu nanti. Banyak masa lagi nak booking khemah kahwin yang nak grand, nak transparent, nak berkonsep Arabian, Moroccon, Japanese, Javanes, katering yang masak lauk sedap-sedap supaya tetamu makan dengan gembiranya..
Happy planning!
Izzi Canopy
Tuesday, 22 October 2013
Sunday, 13 October 2013
DIY underlayer
Baru-baru ni, kami ada terima tempahan dari pelanggan yang akan mengadakan majlis pertunangan. Majlis yang simple dengan jemputan dari kalangan ahli keluarga terdekat sahaja dan majlis dibuat waktu tengahari.
Cabarannya adalah.... jeng jeng jeng... pelanggan meminta kami meletakkan khemah di dalam kawasan porch rumah yang ada berbumbung. Cuma, bumbung rumahnya jenis acrylic yang see through dan memandangkan majlisnya di waktu tengahari, pelanggan meminta kami untuk menyediakan alas untuk 'mengurangkan' bahang. Ketinggian porch rumah adalah lebih kurang 9 kaki sahaja.. hmmmm memang tak cukup tinggi nak pasang canvas khemah.
Teringat kata-kata mentor, selalu niatkan tujuan kita berniaga adalah untuk menyelesaikan masalah pelanggan.. kami pun mencadangkan untuk memasang DIY underlayer yang dipasang atas frame khemah... kiranya, underlayer ni, kami siapkan sendiri, tanpa dijahit ya.. haaaa camana tuh? inilah hasilnya....
Kain underlayer yang dipasang atas frame khemah
Lebihan kain dihujung, dijadikan scallop tepi
Kerusi Chiavary untuk tetamu jemputan
Selesaikan masalahnya? Alhamdulillah, majlis pertunangan tersebut berjalan lancar dan kami doakan kebahagiaan F&S.
Izzi Canopy
Saturday, 12 October 2013
Meja makan beradap
Yang ni saya cuma nak sharekan gambar meja makan beradap dengan pilihan warna cream & gold. Less is more.
Meja makan beradap untuk 12 tetamu
Bunga hiasan yang simple, yet compliment the colours
Kepada Izzipeeps, selamat berhujung minggu!
Izzi Canopy
Tema: Fuchsia Pink & Creamy Yellow
As salam semua... wah lama betul saya tak jenguk blog nih.. Cuma skali skali post kat dalam FB tu.. Bukan apa, cuma lately ni, Izzi Canopy sibuk sikit, alhamdullillah, permintaan dari pelanggan bertambah dari hari ke hari.. terima kasih daun keladi uollssss
Kerusi mempelai dengan hiasan centerpiece
Malam semalam kami setting di Puchong, masa mula-mula terima tempahan untuk warna ni, saya tertanya sendiri cantik ke nanti.... Tapi sampai bila fikir-fikir takkan Izzi Canopy tak nak be adventures dan cuba kaler-kaler baru kan? so... ini lah hasilnya... Cantik rupanya uolssss (eh... syok sendiri sudah)
Apa-apa pun, bagi komen pasal kaler ni ekk..
Nak dekat siap dah masa ni, cergas lagi team Izzi Canopy
Meja makan beradap untuk 10 tetamu
Hidangan untuk tetamu VIP yang semestinya menyelerakan! nyum nyum!
So, apa verdictnya? Cantik ke cantik? Kannnnnnn?
Sampai jumpa di lain kali...
Izzi Canopy
Subscribe to:
Posts (Atom)