Tuesday, 13 October 2015

Tips mengadakan Majlis Perkahwinan di Dewan

Tips mengadakan Majlis Perkahwinan di dewan

Selain dari majlis perkahwinan di rumah, bakal pengantin dan keluarga juga mengadakan majlis di Dewan atau Hotel-hotel. Terpulang pada citarasa, bajet dan keperluan masing-masing kan.. 

Berikut adalah tips ringkas kepada mereka yang merancang nak mengadakan majlis di Dewan:

1. Kelengkapan: Pastikan dewan tersebut mempunyai kelengkapan yang cukup bagi 
    kemudahan tetamu yang hadir. Antaranya tempat letak kereta, ruang solat, tandas dll

2. Tempoh sewaan: Pastikan tempoh sewaan mencukupi untuk tujuan pemasangan
    pelamin, meja dan kerusi dan juga kerja pembersihan selepas majlis. 

3. Kelengkapan: Sekiranya pihak pengurusan dewan tidak menyediakan kerusi, meja 
    serta peralatan lain, pastikan anda telah membuat tempahan dari pihak kanopi 
    atau katerer 

4. Kapasiti dewan: Ianya amat penting bagi memastikan keselesaan tetamu yang hadir.
    Pastikan kapasiti dewan boleh memuatkan jumlah tetamu yang telah dijemput. Tak 
    manis jika tetamu kita tercari-cari atau harus berdiri lama untuk mencari tempat 
    duduk.

5. Perancangan rapi: Pastikan anda melawat dewan bersama dengan pihak kanopi, 
    katerer dan pelamin sebelum majlis berlangsung, untuk mengelakkan kekecohan 
    atau kelam kabut pada saat-saat akhir

Susunatur peralatan kerusi meja turut memainkan peranan penting untuk memaksimumkan penggunaan ruang dewan.. Sebagai contoh, setting kami di Dewan Seroja, Kem Kemensah tempohari










Diharap tips-tips di atas dapat membantu Izzipeeps .. 

Izzi Canopy 


Pakej Perkahwinan Exclusive 2016









Apa kabar Izzipeeps

Ya Allah.... lama sungguh kita tak singgah kat cik blogspot neh... kurang kasih sayang sikit ekk .. heheh... hari ni baru laaaaaa akak berkesempatan nak update blog yang dah mula bersawang neh *sambil buang sawang kat siling*

Apa eh nak update.. well... a lot sebenarnya... A lot happened these few months! ihik.. Banyak event-event yang kami kendalikan. Selamat berbahagia diucapan kepada pengantin-pengantin baru sekelian... semoga berbahagia ke anak cucu..

Ini majlis terbaru kami di Bukit Kerayong, Kapar. Pengantin yang cantik jelita Shasha namanya.. Hi Shasha.. Majlis Shasha sanggaaattt meriah .. Tetamu dihidangkan dengan makanan yang semestinya enak, ditambah pula dengan hidangan sampingan seperti soto ayam, roti canai, char kuew teow, candy corner, cendol... haaaaaa... kalahkan open house.. Apa-apa pun yang penting... tetamu berpuas hati.. gendang gendut, tali kecapi, kenyang perut, sukat hati... heheh

Pakej Penuh Perkahwinan ni merupakan kolaborasi antara Izzi Canopy, Noranom Catering dan Syikin Kadir .. Pelamin yang ohsem dari Pelamin...














Selamat pengantin baru sekali lagi kepada Shasha dan Aidil, semoga berbahagia ke anak cucu