Tuesday, 13 October 2015

Tips mengadakan Majlis Perkahwinan di Dewan

Tips mengadakan Majlis Perkahwinan di dewan

Selain dari majlis perkahwinan di rumah, bakal pengantin dan keluarga juga mengadakan majlis di Dewan atau Hotel-hotel. Terpulang pada citarasa, bajet dan keperluan masing-masing kan.. 

Berikut adalah tips ringkas kepada mereka yang merancang nak mengadakan majlis di Dewan:

1. Kelengkapan: Pastikan dewan tersebut mempunyai kelengkapan yang cukup bagi 
    kemudahan tetamu yang hadir. Antaranya tempat letak kereta, ruang solat, tandas dll

2. Tempoh sewaan: Pastikan tempoh sewaan mencukupi untuk tujuan pemasangan
    pelamin, meja dan kerusi dan juga kerja pembersihan selepas majlis. 

3. Kelengkapan: Sekiranya pihak pengurusan dewan tidak menyediakan kerusi, meja 
    serta peralatan lain, pastikan anda telah membuat tempahan dari pihak kanopi 
    atau katerer 

4. Kapasiti dewan: Ianya amat penting bagi memastikan keselesaan tetamu yang hadir.
    Pastikan kapasiti dewan boleh memuatkan jumlah tetamu yang telah dijemput. Tak 
    manis jika tetamu kita tercari-cari atau harus berdiri lama untuk mencari tempat 
    duduk.

5. Perancangan rapi: Pastikan anda melawat dewan bersama dengan pihak kanopi, 
    katerer dan pelamin sebelum majlis berlangsung, untuk mengelakkan kekecohan 
    atau kelam kabut pada saat-saat akhir

Susunatur peralatan kerusi meja turut memainkan peranan penting untuk memaksimumkan penggunaan ruang dewan.. Sebagai contoh, setting kami di Dewan Seroja, Kem Kemensah tempohari










Diharap tips-tips di atas dapat membantu Izzipeeps .. 

Izzi Canopy 


No comments:

Post a Comment