Sunday, 30 June 2013

The Star....

Dalam setiap cerita yang kita tonton kat TV, wayang atau DVD pirate, mesti ada orang-orang penting di belakang tabir kan.. bila ending cerita tu,  mesti keluar senarai nama pengarah, penulis skrip, krew, props dan lelain..

Well, sama jugak kami di Izzi Canopy & Catering. Kitaorang pun ada cerita di belakang tabir.. Ground works macam pasang khemah, settings, deco dan lain-lain tu, tak terjadi dengan sendirinya.. Staf Izzi yang decicated and awesome lah yang bertungkus lumus mengangkat besi, pasang kerusi meja, setting meja pengatin dan lain-lain. Kadang-kadang sampai tengah malam, berhujan bagai diaorang bekerja, untuk memastikan semuanya siap dan tip-top untuk customer kami yang tersayang…..

Hari ni, saya nak perkenalkan team Izzi. Tapi…. diaorang ni semua pemalu, susah betul nak suruh bergambar.. Terkeseng-keseng kalau nak ambik gambar.. (*terkeseng-keseng = nak, tapi malu).
 
Tapi depa ni, bila dah start posing......lupa dunia!       *facepalm*
 

READY….?

 
*drum roll *

 
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
\        /
\   /

Taraaaaa.....
 
Sekali Sharip Doll laaaa…. ehehehe
 
 Okey.. okey.. serious.. dengan bangganya, saya perkenalkan Izzi Team..
 


Ini Khalil, Big Boss Izzi yang suka makan doyan.. Emsem kannn?
(boss, nak bonus lebih boleh?)

 
Ini sebahagian dari Star Izzi (ada 2-3 family members yang enterframe di sini) 
 

 
Star Izzi dari kiri: Edy, Eqal, Amy dan Fahim.
 
Ada lagi 2-3 orang star yang takde gambar dalam simpanan.. Noel, Cap, Botak nanti kita update gambar korang bila dah ada official staff photo ya? Jangan majuk…..
 
Well, U all dah kenalkan star-star Izzi... Bila jumpa kat mana-mana tu, tegur-tegur la ya!

 
 
 


Thursday, 27 June 2013

Oh! Warna Warna

Terngiang-ngiang lirik lagu Warna nyanyian Sheila Majid sambil tulis entry ni

Oh! warna warna, pada dunia.. ku terpesona, kau teristimewa....oh! warna warna (ermmm lupa lirik..... ) 

Bercerita pasal warna, kita semua tau warna tema tu penting (especially pada orang perempuan..). Nak baju sedondon anak beranak time raya, lepas tu bila nak pegi ofis, tudung, baju, bag, kasut pun kena matching colours ya.. (sapa letteww)   

Bagi majlis pertunangan dan perkahwinan terutamanya, pemilihan warna tema yang sesuai, penting untuk menyerlahkan majlis. Lagi satu, warna tema ni buat majlis tu nampak harmoni dan sekata.. takdelah berbelang sini sana kannn... 

Sekarang ni, trend warna tema digabungkan antara 2 atau 3 warna yang complement each other. Tapi baik-baik, kalau dicampurkan terlalu banyak warna atau tersalah warna, takut majlis kita nampak macam funfair....
 
 
                                                  
                                               ** thank you, Mr. Culkin**

Kumpulan warna, ada tiga iaitu warna-warna hangat (warm colours), warna-warna sejuk (cool colours) dan warna-warna neutral (neutral colours).


#1. Warna hangat. Warna-warna yang tergolong dalam kumpulan ni adalah merah, kuning, jingga dan emas. Sifat-sifat positif kategori warna ni termasuklah kasih sayang, semangat, kuasa dan kegembiraan.. Nak kawen, mustilah gumbiran kaannnn? *bunyi kompang*
 
#2. Warna neutral. As the name suggest, warna-warna neutral adalah warna-warna lembut dan selalunya ia bertindak sebagai ‘balancer’ bagi warna-warna lain. Contoh warna neutral adalah krim, beige, off-white, kelabu cair. Warna hitam pun termasuk dalam kategori neutral
 
#3. Warna sejuk. Biru, hijau, indigo, ungu termasuk dalam kategori warna sejuk. Warna sejuk menghasilkan perasaan tenang kepada yang melihatnya. Kalau nak tau, warna turquoise trend untuk tahun 2013. Banyak permintaan kami terima untuk warna turquoise bagi majlis pertunangan dan perkahwinan.  Warna lain pun banyak jugak, tapi turquoise salah satu yang hawt tahun ni.

Setiap pengantin nakkan kelainan bagi majlis perkahwinan mereka. Biar apa pun warna pilihan anda, kami pasti ianya akan menyerikan lagi majlis itu nanti.

Tanya orang sebelah, ‘awak suka kaler apa?’

(Nota: sumber foto adalah dari google.com)
 

Tuesday, 25 June 2013

Checklist untuk Majlis Perkahwinan


Bila kita nak kahwin, macam-macam yang kita kena fikirkan kan? Nak memudahkan, kita boleh siapkan checklist atau senarai-semak.  Checklist merangkumi semua perkara yang perlu, dari seawal 12 bulan sebelum tarikh majlis. Bila ada checklist, kebarangkalian kita ter-miss perkara-perkara penting tu minimum la kan…  

So, kepada yang ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh 12 bulan akan datang, dah boleh start sediakan checklist la ya... *senyum simpul*
 


Secara ringkas, perkara yang perlu ada dalam checklist adalah:

#1. Prosedur perkahwinan – kursus pra-perkahwinan, HIV test, wali dan saksi, mas kahwin, wang hantaran

#2. Senarai jemputan dan kad kahwin – makcik, pakcik, sepupu, jiran Atok, kawan ofis kakak sulung, menantu Mak Jemah kat seberang jalan tu..

#3. Baju pengantin, pelamin, jurugambar, kompang, kumpulan tarian kanak-kanak (pun ada ok.. ko ada?) dan hantaran – semua ni, biarlah mengikut kemampuan kita.

#4. Pengurusan tempat dan makanan –Ada yang suka buat di rumah, lebih meriah. Satu kampung boleh datang. Ada yang buat di dewan dan ada juga yang selesa di hotel (yang ni bajet lebih sikit la kan..). Bagi yang buat majlis kahwin di rumah, mesti nak guna kanopi kan?
                                          Nak yang macam ni? Pun bolehhhhh.....
 
 
                          Makanan pun mesti sedap, supaya tetamu makan dengan gembiranya..
 
 #5 Cenderahati kepada tetamu. Tak perlu berlebih-lebih, stick pada bajet yang kita dah tetapkan, Tapi kalau berkemampuan, apa salahnya kan?  

Checklist ni bagaimanapun, akan berbeza mengikut keperluan dan kehendak masing-masing. Yang penting, majlis dibuat mengikut kemampuan dan sempurna dari segi syarak.. ye tak?

Untuk lebih jimat dan mengurangkan tekanan, serahkan urusan menganjurkan majlis perkahwinan anda kepada Perunding Perkahwinan. Biar dia yang pening, sementara bakal pengantin dan keluarga, boleh fokus kepada urusan lain… Sapa la Perunding Perkahwinan tu yer....

Sunday, 23 June 2013

Budaya perkahwinan orang Johor


Hari ni Admin nak share pasal budaya perkahwinan orang Johor (Sebab admin orang Johor tapi suami orang Selangor). Ada 5 perkara yang saya ingat (mungkin ada lebih), memang special kat Johor
 
 
#1 Berzanji dan khatam Quran
Budaya  biasa di Johor terutama majlis di belah perempuan, di mana pengantin perempuan akan berzanji dan juga berkhatam Quran. Selalunya pengantin perempuan atau saudara pengantin akan berkhatam Quran pada malam sebelum berlangsungnya akad nikah.

 
#2 . Kugiran/ Joget lambak
Kugiran dan joget lambak dulu budaya common di Johor (Negeri lain pun ada rasanya). Tak pasti masih ada lagi tak kugiran dan joget lambak sekarang ni.. tapi zaman 80-an dulu (zaman saya kecik-kecik dulu), memang meriah la malam tu…

Biasanya joget lambak ni dibuat oleh keluarga pengantin belah malam di mana ianya dikira sebagai hiburan menghilangkan penat bagi jiran-jiran dan penanggar yang menolong pada siang hari tu. tapi muzik yang dipasang tu ya ampuunnn.... kuat dan berterusan sampai pukul 2-3 pagi ya..

                                            joget lambak jaman dolu-dolu
 
 
#3 Sekatan "tol" di majlis pengantin perempuan

Budaya yang cukup popular bila berkahwin dengan orang Johor iaitu sekatan tol ketika mahu bersanding. Ketika rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan, biasanya akan mengalami beberapa "sekatan" oleh sedara mara dan ahli keluarga pengantin perempuan.
"Sekatan" hanya dibuka bila dihulurkan sampul berisi duit (jumlah tidak ditetapkan, RM1 pon boleh). Ada juga yang nak kasi stress lebih pada rombongan lelaki, siap berbalas pantun. Hehehe..

Bayangkan masa tu, pengantin lelaki berdiri (walaupun berpayung) bawah panas terik, siap bertanjak dengan baju songket bagai, kena sekat tol tiga empat kali …  (nak sangat kawen dengan orang Johor kaannnn)



#4 Telur pindang

Telur pindang memang famous kat Johor. Satu kemestian untuk majlis perkahwinan, tapi rasanya sekarang makin jarang kita jumpa sebab proses nak sediakan tu rumit dan lama.. nanti saya ceritakan proses nak masak telor pindang ya.. Untuk merebus telur pindang ni selalunya mengambil masa dalam 1 – 3 hari (bergantung pada kuantiti telur yang dimasak). Ramuannya pulak, meriah.. bermacam-macam jenis daun ada
 
 
#5 Tarian - kuda kepang, zapin

Suatu waktu dulu tarian kuda kepang dan zapin cukup terkenal sebagai tarian tradisi Negeri Johor.  
Kuda kepang berupa satu patung anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang di anyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik. Cuma yang ‘bahaya’ sikit kuda kepang ni, penari dia boleh ‘naik syeikh’. Hehehe..
 
                            pelbagai bentuk dan warna kuda kepang. Terpulang pada
                                                        taste masing-masing
 
 
Ini je serba sedikit info pasal budaya perkahwinan orang Johor buat masa ni.. Kita jumpa lagi nanti
 
 
As salam
 
Izzi Canopy Team
 
 
 
 

 
 
 
 

Bila kita menghadiri majlis pertunangan atau perkahwinan, kita pasti akan melihat sirih junjung di dalam majlis tersebut. Dalam deretan hantaran, sirih junjung diletakkan di kepala hantaran, manakala hantaran lain, dijadikan ‘pengiring’ hantaran. Perasan tak?

Apakah simbolik sirih junjung ini? Sirih junjung membawa maksud tersirat iaitu melambangkan asam garam hidup berumahtangga di antara suami dan isteri. Biasalah, hidup berumahtangga tak lari dari segala suka dan duka kan? 

Macam tu juga dengan sirih junjung yang digubah dengan campuran gambir, kapur, pinang, dan bunga segar (sebagai hiasan). Bila dimakan, akan timbul rasa manis, masam dan pahit (tapi jangan la makan bunga segar tu pulak).. Pandaikan orang-orang tua dulu?

Satu lagi, cuba perhatikan, sirih junjung dari pihak lelak akan diletakkan lebih tinggi sikit daripada perempuan, yang menunjukkan peranan dan tanggungjawab lelaki sebagai ketua keluarga


 Sampai jumpa lagi,

Buah keranji buah delima
Mari letak atas meja
Sirih pinang sudah ku terima
Tanda jadi kita berdua
 
 
As salam,
Izzi Canopy Team
 

Thursday, 6 June 2013


Kenapa Anda perlu memilih Izzi Canopy &  Event Management?


Izzi Canopy & Event Management
 
Jimat masa dan wang: Melalui rangkaian perniagaan dan Perunding kami yang berpengalaman, bermakna Anda akan sentiasa mendapat harga yang terbaik. Kami akan menyediakan beberapa cadangan berdasarkan bajet dan anda hanya perlu membuat pemilihan akhir.
 


Pelbagai pilihan Pelamin



Juadah makan yang lazat untuk dihidangkan kepada tetamu

Pakej Photografi

Pilihan doorgift kepada tetamu yang terkini



Mengurangkan tekanan: kami akan membimbing keluruhan proses perancangan, maka tenaga dan masa anda boleh fokus kepada perkara yang lain.
 
 
Kerana memahami tekanan sebagai bakal pengantin, larikan diri sebentar, dan manjakan diri
 

Ketenangan: Anda akan lebih tenang bila mengetahui setiap terperinci telah dipertimbangkan dan hanya menantikan hari bahagia disamping si Dia
 
Hubungi kami di 0122133387 / 0122115885 atau email kami izzicanopy@yahoo.com untuk maklumat lanjut. www.facebook.com/izzicanopy
 

Tuesday, 4 June 2013

Pakej Kanopi Rania





Agak-agak kalau dapat pakej SPA free sebelum majlis kahwin kita best tak? mesti seronok kann... bersauna, berurut, buat facial, manicure pedicure bagai.. Haaa... sempena hari istimewa korang, hanya untuk 10 tempahan pertama saja, Izzi Canopy & Catering bagi P.E.R.C.U.M.A ya... yeeaaa.. F.R.E.E. pakej Pre-Wedding Spa Treatment bernilai RM533 dari De' Wajah Beauty & SPA

Hubungi Rozita di 0122133387 / 0122115885 atau email ke izzicanopy@yahoo.com untuk pertanyaan. boleh cari kami di facebook ya:  www.facebook.com/izzicanopy .

PAKEJ KANOPI RANIA: RM24.50/pax (minimum 1000 pax)

KELENGKAPAN KHEMAH
1 unit Khemah Pengantin
1 unit khemah Tetamu VIP
4 unit khemah tetamu (kerusi bersarung & riben)
1 unit Khemah Buffet
1 unit Khemah Penyambut Tetamu
KATERING
Nasi minyak | nasi hujan panas | nasi beriani basmathi 80%
Nasi putih 20%
Ayam masak merah | goreng berempah
Daging kicap betawi | kari beriani
Dalca sayur | rebung masak lemak
Acar rampai | nanas pajeri | acar buah
Sambal goreng jawa
Papadom
Teh panas
Buah-buahan
Air kordial & air mineral
Bubur pulut hitam | cendol
ANDAMAN & PELAMIN
Andaman & Persalinan Pengantin (termasuk aksesori lengkap)
Pelamin rumah  & hiasan (Set renjis | Kipas | Lapik | Payung)
FOTOGRAFI
1 photographer
Majlis nikah & resepsi
PERCUMA: Live Update ke akaun Facebook & Instagram
1pc 10"x24" photobook album (20 pages)
Free: 16"x24" photo poster
Free: Digital files in DVD
KOMPANG
KARAOKE/ PA SISTEM / DJ

CENDERAHATI untuk 1000 tetamu 

Komplimentari:
1 meja pendaftaran tetamu & hiasan bunga segar
1  buku pendaftaran tetamu
 Red carpet
Kek Pengantin
Pintu gerbang
4 buah dome lengkap settings VIP
2 Buffet station 16’x3’ & hiasan
1 Meja hadiah 8’x3’
1 Dessert station  8’x3’