Bila kita nak kahwin, macam-macam yang kita kena fikirkan kan? Nak
memudahkan, kita boleh siapkan checklist atau senarai-semak. Checklist merangkumi semua perkara yang perlu,
dari seawal 12 bulan sebelum tarikh majlis. Bila ada checklist, kebarangkalian kita
ter-miss perkara-perkara penting tu minimum la kan…
So, kepada yang ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam
tempoh 12 bulan akan datang, dah boleh start sediakan checklist la ya... *senyum
simpul*
Secara ringkas, perkara yang perlu ada dalam checklist adalah:
#1. Prosedur perkahwinan – kursus
pra-perkahwinan, HIV test, wali dan saksi, mas kahwin, wang hantaran
#2. Senarai jemputan dan kad kahwin – makcik, pakcik,
sepupu, jiran Atok, kawan ofis kakak sulung, menantu Mak Jemah kat seberang jalan tu..
#3. Baju pengantin, pelamin,
jurugambar, kompang, kumpulan tarian kanak-kanak (pun ada ok.. ko ada?) dan hantaran – semua ni, biarlah mengikut kemampuan kita.
#4. Pengurusan tempat dan makanan –Ada
yang suka buat di rumah, lebih meriah. Satu kampung boleh datang. Ada yang buat
di dewan dan ada juga yang selesa di hotel (yang ni bajet lebih sikit la kan..).
Bagi yang buat majlis kahwin di rumah, mesti nak guna kanopi kan?
Nak yang macam ni? Pun bolehhhhh.....
Makanan pun mesti sedap, supaya tetamu makan dengan gembiranya..
Checklist ni bagaimanapun, akan berbeza mengikut
keperluan dan kehendak masing-masing. Yang penting, majlis dibuat mengikut
kemampuan dan sempurna dari segi syarak.. ye tak?
Untuk lebih jimat dan mengurangkan
tekanan, serahkan urusan menganjurkan majlis perkahwinan anda kepada Perunding
Perkahwinan. Biar dia yang pening, sementara bakal pengantin dan keluarga, boleh fokus
kepada urusan lain… Sapa la Perunding Perkahwinan tu yer....
No comments:
Post a Comment