Hari ni
Admin nak share pasal budaya perkahwinan orang Johor (Sebab admin orang Johor tapi
suami orang Selangor). Ada 5 perkara yang saya ingat (mungkin ada lebih), memang special kat Johor
#1 Berzanji dan khatam
Quran
Budaya biasa di Johor terutama majlis di
belah perempuan, di mana pengantin perempuan akan berzanji dan juga berkhatam
Quran. Selalunya pengantin perempuan atau saudara pengantin akan berkhatam Quran
pada malam sebelum berlangsungnya akad nikah. Kugiran dan joget lambak dulu budaya common di Johor (Negeri lain pun ada rasanya). Tak pasti masih ada lagi tak kugiran dan joget lambak sekarang ni.. tapi zaman 80-an dulu (zaman saya kecik-kecik dulu), memang meriah la malam tu…
Biasanya joget lambak ni dibuat oleh keluarga
pengantin belah malam di mana ianya dikira sebagai hiburan menghilangkan penat bagi
jiran-jiran dan penanggar yang menolong pada siang hari tu. tapi muzik yang dipasang tu ya ampuunnn.... kuat dan berterusan sampai pukul 2-3 pagi ya..
joget lambak jaman dolu-dolu
#3 Sekatan
"tol" di majlis pengantin perempuan
Budaya yang cukup popular bila
berkahwin dengan orang Johor iaitu sekatan tol ketika mahu bersanding. Ketika rombongan
pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan, biasanya akan mengalami beberapa
"sekatan" oleh sedara mara dan ahli keluarga pengantin perempuan.
"Sekatan" hanya dibuka
bila dihulurkan sampul berisi duit (jumlah tidak ditetapkan, RM1 pon boleh).
Ada juga yang nak kasi stress lebih pada rombongan lelaki, siap berbalas pantun.
Hehehe.. Bayangkan masa tu, pengantin lelaki berdiri (walaupun berpayung) bawah panas terik, siap bertanjak dengan baju songket bagai, kena sekat tol tiga empat kali … (nak sangat kawen dengan orang Johor kaannnn)
#4 Telur pindang
Telur pindang memang
famous kat Johor. Satu kemestian untuk majlis perkahwinan, tapi rasanya sekarang
makin jarang kita jumpa sebab proses nak sediakan tu rumit dan lama.. nanti saya
ceritakan proses nak masak telor pindang ya.. Untuk merebus telur pindang ni
selalunya mengambil masa dalam 1 – 3 hari (bergantung pada kuantiti telur yang dimasak). Ramuannya pulak, meriah.. bermacam-macam jenis daun ada
#5 Tarian - kuda
kepang, zapin
Suatu waktu dulu tarian kuda kepang dan zapin cukup terkenal sebagai tarian tradisi Negeri Johor. Kuda kepang berupa satu patung anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang di anyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik. Cuma yang ‘bahaya’ sikit kuda kepang ni, penari dia boleh ‘naik syeikh’. Hehehe..
Suatu waktu dulu tarian kuda kepang dan zapin cukup terkenal sebagai tarian tradisi Negeri Johor. Kuda kepang berupa satu patung anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang di anyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik. Cuma yang ‘bahaya’ sikit kuda kepang ni, penari dia boleh ‘naik syeikh’. Hehehe..
pelbagai bentuk dan warna kuda kepang. Terpulang pada
taste masing-masing
Ini je serba sedikit info pasal budaya perkahwinan orang Johor buat masa ni.. Kita jumpa lagi nanti
As salam
Izzi Canopy Team
No comments:
Post a Comment