Saturday 4 January 2014

Warna-warna 2013

Pejam celik pejam celik dah tahun 2014. Sepanjang tahun lepas puas hati team Izzi Canopy dapat memenuhi permintaan pelanggan di Lembah Klang. Kat jalan/lorong/solok mana Izzi Canopy tak pegi.. Dari Klang, Shah Alam, Puchong, Puncak Alam, Petaling Jaya, Putrajaya, Kuala Lumpur semua kami sampai.. (ehem.. ada satu kes tu, kami sampai ke rumah customer pukul 3:00 pagi… terima kasih kerana sabar menanti kedatangan kami ya En. XoXo)

Sepanjang tahun 2013 pilihan warna-warna juga amat menarik dan ada yang challenging. Jangan tak tau, kadang-kadang tu nak suggest matching colours pada customer pun challenging ya.. Itu tak termasuk nak cari supply kain untuk warna yang customer request pun tak dapat. Habis kedai-kedai kain Ah Chong, Sukaramai, Kamdar, Jakel kami redah.. tapi abis stok.. Sebab masa tu jugak warna tu menjadi sangat hawt (itu sekitar bulan Mac 2013)

Tapi yang paling seronok, 'Sharmila-effect' yang menjadi pilihan ramai… Kombinasi warna lavender dan ungu. Dalam 3-4 bulan juga la, request untuk tema 'Sharmila' kami terima.. hehehe.. terima kasih daun keladi.. sila lah call Izzi Canopy lagi.. 

Sebagai sorotan, kami sajikan the colours of Izzi Canopy sepanjang tahun 2013 yang menjadi pilihan.. kalau nak warna ni untuk majlis tahun 2014 pun boleh di atur…

 Premium Pakej dari Izzi Canopy 

  Hot item - 'Sharmila-effect'

 Contoh dekorasi khemah kami 

antara kombinasi warna-warna menarik pilihan #izzipeeps

Anyways, tempahan untuk tahun 2014 telah dibuka. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Rozita di 012 2115885 atau Khalil 012 2133387 atau email ke izzicanopy@yahoo.com 

Boleh jugak if nak whatsapp ke Rozita if nak (almost) immediate reply untuk check kekosongan tarikh dan buat booking.