Sunday 28 July 2013

Tips mengadakan Majlis Perkahwinan di dewan

Selain dari majlis perkahwinan di rumah, bakal pengantin dan keluarga juga mengadakan majlis di Dewan atau Hotel-hotel. Terpulang pada citarasa, bajet dan keperluan masing-masing kan..

Berikut adalah tips ringkas kepada mereka yang merancang nak mengadakan majlis di Dewan:

1. Kelengkapan: Pastikan dewan tersebut mempunyai kelengkapan yang cukup bagi
    kemudahan tetamu yang hadir. Antaranya tempat letak kereta, ruang solat, tandas dll

2. Tempoh sewaan: Pastikan tempoh sewaan mencukupi untuk tujuan pemasangan

    pelamin, meja dan kerusi dan juga kerja pembersihan selepas majlis.

3. Kelengkapan: Sekiranya pihak pengurusan dewan tidak menyediakan kerusi, meja

    serta peralatan lain, pastikan anda telah membuat tempahan dari pihak kanopi
    atau katerer

4. Kapasiti dewan: Ianya amat penting bagi memastikan keselesaan tetamu yang hadir.

    Pastikan kapasiti dewan boleh memuatkan jumlah tetamu yang telah dijemput. Tak
    manis jika tetamu kita tercari-cari atau harus berdiri lama untuk mencari tempat
    duduk.

5. Perancangan rapi: Pastikan anda melawat dewan bersama dengan pihak kanopi,

    katerer dan pelamin sebelum majlis berlangsung, untuk mengelakkan kekecohan
    atau kelam kabut pada saat-saat akhir

 
Berikut adalah contoh majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Damansara. Dewan tersebut memang besar, boleh menampung dalam 1000 - 1500 tetamu dalam satu-satu masa

 



 


Untuk maklumat lanjut, boleh lawati www.facebook.com/izzicanopy atau follow instagram Izzicanopy.

Kalau nak dengar suara lemak merdu dan gemersik kami, boleh gak call Rozita di 012 2115885 atau Khalil di 012 2133387.

Sampai jumpa lagi. Salamm...

Terma dan Syarat

As salam semua. Hari ni saya nak share sikit pasal terma dan syarat perkhidmatan kami. Tak banyak.. sikit jer... terma dan syarat ni, actually baik untuk kedua-dua belah pihak kan.

Ok.. Berikut adalah terma dan syarat yang digunapakai bagi perkhidmatan Izzi Canopy & Catering.


Bayaran:

Deposit:
10% bayaran atau minimum RM100, sebagai pengesahan tempahan. Ini sebagai tanda kedua-dua belah pihak komited dengan janji kita (hew hew hew)

 
Terma bayaran:
1. Sewa khemah
    30%: 30 hari sebelum majlis
    50%: 14 hari sebelum majlis
    10%: selesai pemasangan khemah

2. Katering
    80%: 14 hari sebelum majlis
    10%: majlis tamat


PENTING:
  1. Segala terma dan syarat adalah terpakai selepas pengesahan tempahan diterima
  2. Sila maklum bahawa 10% deposit atau minimum RM100 yang telah dibayar adalah non-refundable, sebagai tanda komitmen kedua-dua belah pihak
  3. Perkhidmatan di luar Lembah Klang, caj pengangkutan dan penginapan (sekiranya perlu) akan dikenakan.
  4. Notis untuk sebarang pertukaran atau perubahan warna tema atau menu hendaklah diberi sekurang-kurangnya 21 hari dari tarikh majlis. Izzi Canopy & Catering Services berhak untuk tidak menerima sebarang permintaan bagi pertukaran yang dibuat pada saat-saat akhir. (Persediaan untuk majlis anda dimulakan seawal 21 hari sebelum majlis, jadi pertukaran pada saat-saat akhir akan menyebabkan pertambahan kos)
  5. Sebarang kerosakan atau kehilangan peralatan semasa di dalam tempoh penyewaan adalah di bawah tanggungjawab pihak Penyewa. Izzi Canopy & Catering Services berhak untuk menuntut bayaran gantirugi atas sebarang kerosakan dan kehilangan peralatan.
  6. Bayaran akhir sebanyak 10% hendaklah dijelaskan tidak lebih dari 3 hari selepas majlis

Untuk maklumat lanjut, boleh la lawat facebook kami: www.izzicanopy.com/izzicanopy atau follow instagram izzicanopy

untuk sebarang pertanyaan atau tempahan khemah kahwin, boleh call Khalil di 0122133387 atau Rozita di 0122115885 atau email je ke izzicanopy@yahoo.com ya


Sunday 21 July 2013

Purple Rain

Pinjam title lagu Prince untuk entry ni. Tapi ini cerita takde kena mengena dengan kisah dalam lagu itew... Ya kawan-kawan semua, hari ni kita nak cerita pasal tema khemah kahwin kaler purple @ ungu @ violet.

Kami banyak terima permintaan tema khemah kahwin warna ungu pekat dan juga ungu cair yang dikenali sebagai lavender @ lilac. Paling tinggi permintaan adalah untuk si Lavendar yang cantik manis. Kombinasi warna adalah mengikut citarasa masing-masing. Personally saya sukakan kombinasi lavender dan pink. Sweet sangat..


 Kombinasi lavender dan baby pink yang Oh! Sweet nya

 Kombinasi lavender dan emas pun cantik.
Menaikkan lagi seri warna emas yang memang dah sedia berseri
 
 
 
Khemah pendaftaran tetamu
 
 Kombinasi ungu gelap dan baby pink
 
 Meja buffet dengan skirting dari warna baby pink
 
 Ungu gelap dan warna putih merupakan warna kontras yang sangat cantik bagi khemah kahwin 
 
Sila-sila la hubungi Izzi Canopy untuk dapatkan khidmat nasihat dan buat tempahan untuk khemah kahwin anda. Selain dari khemah kahwin, kami turut sediakan khidmat katering, andaman, pelamin, kompang, PA system yang semestinya mengikut bajet anda.
 
Izzi Canopy is just a click away gals!
Instagram: izzicanopy
 
Atau jika nak mendengar suara kami yang lunak dan gemersik tuh, sila hubungi Khalil di +012 2133387 atau Rozita di +012 2115885.

Saturday 20 July 2013

Merah merah delima

Putih putih melati
Merah merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima

Sebahagian lirik lagu kumpulan ST12. Mesti lah kita nak terima orang yang baik hati as our other half kan.. sapa nak kahwin dengan anak hantu.. hehehehe

Warna merah membawa makna kekuatan, keberanian dan semangat. Ianya merupakan kategori warna panas. Merah gelap memperlihatkan sifat kebangsawanan manakala Merah muda (merah jambu) menggambarkan alam percintaan. so shuuwwweettttttt

Warna merah memang merupakan antara warna kegemaran untuk khemah kahwin. Kumpulan warna merah terdiri dari beberapa tonasi. Kombinasi tema scallop khemah kahwin warna merah gelap dan merah muda antara kegemaran pasangan pengantin.




Warna maroon juga merupakan dari kategori warna merah.
 


 
Merah biru pula merupakan warna korporat. Banyak tempahan dari sektor koporat, meminta warna merah dan biru sebagi tema.
 
 
Kombinasi warna merah dan hitam agak classy  


Pada bakal pengantin yang ada berkira-kira nak gunakan warna tema merah untuk majlis dan khemah kahwin, you go girl! Mungkin cubaan kombinasi warna anda akan jadi ikutan. Wahhh jadi trendsetter gitew kan?
 
Sila-sila la hubung Izzi Canopy untuk dapatkan khidmat nasihat dan buat tempahan untuk khemah kahwin ada. Selain dari khemah kahwin, kami turut sediakan khidmat catering, Andaman, pelamin, kompang, PA system yang semestinya mengikut bajet anda.
 
Hubungi Khalil atau Rozita di +012 2133387 / +012 2115885 untuk sebarang pertanyaan. 





Si Peach yang sungguh sedap dimakan dan cantik dipandang

Antara warna pilihan scallop untuk khemah kahwin adalah warna peach. Ya, si peach yang sungguh sedap dimakan dan cantik dipandang tu... Warna yang sesuai diganding dengan warna peach adalah warna putih, off-white and cream. Tak percaya? Cuba tengok ni....




 Hiasan pasu putih dengan bunga yang matching menaikkan lagi seri warna tu

 
 


Boleh juga nak cuba gabungkan peach dengan pastel green, macam gambar di bawah ni. Very shuweettt kan?

 


Basically, kombinasi warna scallop untuk khemah kahwin bergantung kepada citarasi kita. Sebelum kita membuat keputusan untuk tetapkan warna scallop khemah kahwin kita, boleh buat rujukan dari majalah pengantin, rujuk pada besfren, atau pun kalau memang dari azali kita dah minat satu-satu warna tu, boleh jer dik non....!

Jika merancang untuk berkahwin dalam awal tahun 2014, dah boleh sangat nak mula survey khemah kahwin, katering, pelamin dan lain-lain lagi tu.. Untuk dapatkan pakej khemah kahwin yang osem, boleh call Rozita di 012 2115885 atau Khalil di 012 2133387.



Sunday 14 July 2013

ButtonCandy in da house

Bermula 12 Julai 2013, kami mula memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Candy Corner.. Ianya merupakan kolaborasi dengan rakaniaga strategik kami.. ButtonCandy yeay!! *clap* *clap* Hawaiian dance*

                                                        Kombinasi warna deco

Dalam pada kami excited setting-setting and buat deco candy corner, masa tu pula rebut melanda Lembah Klang *cobaaaannnnn*

                                                      work-in-progress @ 20%

So bila dah siap semua, kelam kabut sebab hujan lebat, tak dapat nak ambik gambar.. Maybe next time, kami boleh sharekan ya.. uhuk!

Untuk pertanyaan berkenaan pakej Candy Corner, boleh hubungi Rozita +6012 2115885 atau Zaliza +6013 3589052

Sampai jumpa lagi








Wednesday 10 July 2013

Dua dalam satu

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke dua kita berpuasa.. So, macam mana semalam? All good? Ada tak yang ter-minum, ter-makan? Ter-belok ke drive thru?  

 Bercakap pasal 2-in-1 atau buy 1 free 1 especially masa time promotion tu, buat kita teruja kan? Ye lah, kita bayar untuk 1, kita dapat lagi 1. Kira jimat ah..
 
                                                             *Clap! Clap! sambil tap dancing*

 Bayangkan scenario ni, rumah baru idaman kita dah siap, dah dapat kunci, renovation 95% siap (itupun lepas  hari-hari kita hogah contractor tu). Menjelang raya rumah siap. Kita pun sambut raya kat rumah baru.. *dam dam dum, bunyi mercun*
 
Dah alang-alang raya, kitapun buat rumah terbuka dan pada masa yang sama, buat sekali kenduri doa selamat masuk rumah baru.. Ha.. kan 2-in-1 tu.. Tanya orang sebelah, faham konsep? Faham?

Oh, by the by, untuk tempahan kanopi & katering untuk majlis rumah terbuka sila hubungi Khalil di +0122133387 | +0122115885 atau email ke izzicanopy@yahoo.com

 


Pssttt… dah boleh tempah sekarang, tak perlu tunggu last minit ya Kak Som…

Friday 5 July 2013

Save the date!

Ada apa dengan tarikh kawen? Apa istimewanya tarikh yang kita pilih untuk langsungkan tarikh perkahwinan kita.. Tiap orang ada sebab tersendiri la kan.. (eh! suka hatila, bila aku nak kawen.. kan…?).



Basically, kita pilih satu-satu tarikh tu sebab:

1. Senang nak ingat – selalunya sama hari dengan besday kita 

2. Nombor cantik.. contoh: 20-11-2011, 12-12-12, 20-12-2012

3. Masa tu cuti panjang, especially bila jatuh pada hari cuti umum macam hari Pekerja, hari Kemerdekaan dan masa cuti sekolah (paling popular).
Dalam pada kita excited nak pilih-pilih tarikh ni, ada kelebihan dan kekurangannya.

Kelebihan:

1. Bila nombor 20102010, 8888, 111111, 121212 tertera pada kad kawen, bunting yang ada gambar pre-wed tu, kan suker! Cantik kan bang tarikh kawen kitew…. *mata kelip-kelip*

2. Senang nak ingat especially bila time anniversary….ini ditujukan kepada para suami.. takde sebab tak dapat hadiah anniversary eh..   

3. Hari istimewa anda diraikan satu Malaysia.. hehehe.. bila hari tu kebetulan ada cuti panjang sempena cuti Hari Pekerja, Hari Kemerdekaan *bunga api kat KLCC* .. 1Malaysia celebrate dengan kita .. 

Kekurangan:

1. Hari tu jugak ramai lah pasangan lain yang buat perancangan nak kawen… sampai pening tok kadi.. tak cukup tangan okeh.. berkejar ke sana sini, nak sempurnakan hajat sang pengantin… tak baik kecikkan hati orang, ye tak?

2. Booking untuk pakej perkahwinan untuk tarikh-tarikh hawt tu sure dah penuh, sebab selalunya booking untuk tarikh-tarikh cantik ni, dah dibuat selewat-lewatnya 12 bulan sebelum tu… *hint2: baik buat booking cecepat dik non.. boleh la hubungi Izzi Canopy & Catering sekarang ya*
3. Kawan-kawan kita pun pening, sebab wedding  invitations untuk tarikh istimewa selalunya banyak. Kalau satu negeri takpe, buatnya, satu kat Penang, satu kat Kelantan, satu kat Negeri Sembilan..? Dua-dua besfren.. kalau tak pegi confirm perang dingin dua purnama..  Itu belum masuk birthday party anak sedara, cukur jambul anak jiran lagi.. haihhhh stress...
Jadi bila kita dah berkira-kira nak makan nasi minyak tu, kena la juga consider bila kita adakan majlis tu ya. Lebih penting lagi, boleh buat booking awal.. psssttttt, selalunya bila booking awal-awal ni, dapat harga terbaek taw berbanding dengan tempahan dibuat untuk majlis yang sebulan dua lagi..  

So apa pun tarikh yang anda pilih, semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Amin..

Monday 1 July 2013

Kuning Di Raja

Warna kuning merupakan warna kebesaran Raja-Raja.. amat sesuai juga digunakan bagi meraikan Raja Sehari.. (sehari je kan, bagi la chan....)

Tema untuk warna kuning diRaja (royal yellow) ni atas permintaan Wani sekeluarga. Majlis telah  diadakan di Putra Heights dengan anggaran 1000 tetamu jemputan. 

Jumlah keseluruhan khemah yang ditempah:
- Khemah Pengantin 1 unit
- Khemah Tetamu VIP 2 unit
- Khemah Tetamu lain-lain 8 unit
- Permintaan khas: semua khemah tetamu dihias dengan underlayer dan chandelier


                            Untuk meja tetamu VIP, kain organza digunakan sebagai scallop

 Pandangan jarak dekat khemah Tetamu VIP

 
Hiasan Underlayer, chandelier digunakan untuk kesemua khemah tetamu
 
 
Dah pilih warna untuk majlis anda? Untuk sebarang khidmat nasihat, sila hubungi/sms/whatsapp Rozita di  +012 2115885 / +012 2133387 atau emailkan ke izzicanopy@yahoo.com
 
 

Garden wedding

Kami berpeluang organise garden weddings di Taman Bukit Jalil untuk lebih kurang 2500 tetamu. Terima kasih kepada Hayati & keluarga. Pakej merangkumi canopy, catering, pelamin, kompang. Gambar-gambar semasa majlis kami sertakan untuk tatapan semua

Untuk tetamu VIP,  kesemua meja di letakkan di dalam Rumah Melayu

                                                                Rumah Melayu


 
Meja Makan Beradap dan 10 meja tetamu VIP diletakkan di dalam Rumah Melayu.
 
 
Meja makan beradap Pengantin

                               Untuk ahli tetamu lain, sebanyak 12 buah khemah disediakan
 
 

Pasukan Kompang Cahaya Murni sedang beraksi


 Pelamin turut diletakkan di dalam Rumah Melayu. Simple and nice.



Selain dari rumah dan dewan, majlis perkahwinan juga sesuai di adakan di taman-taman. Lebih santai dan meriah.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh drop kan email ke izzicanopy@yahoo.com atau call kami di +60122115885 / +60122133387