Sunday 23 June 2013

 
 
 
 

Bila kita menghadiri majlis pertunangan atau perkahwinan, kita pasti akan melihat sirih junjung di dalam majlis tersebut. Dalam deretan hantaran, sirih junjung diletakkan di kepala hantaran, manakala hantaran lain, dijadikan ‘pengiring’ hantaran. Perasan tak?

Apakah simbolik sirih junjung ini? Sirih junjung membawa maksud tersirat iaitu melambangkan asam garam hidup berumahtangga di antara suami dan isteri. Biasalah, hidup berumahtangga tak lari dari segala suka dan duka kan? 

Macam tu juga dengan sirih junjung yang digubah dengan campuran gambir, kapur, pinang, dan bunga segar (sebagai hiasan). Bila dimakan, akan timbul rasa manis, masam dan pahit (tapi jangan la makan bunga segar tu pulak).. Pandaikan orang-orang tua dulu?

Satu lagi, cuba perhatikan, sirih junjung dari pihak lelak akan diletakkan lebih tinggi sikit daripada perempuan, yang menunjukkan peranan dan tanggungjawab lelaki sebagai ketua keluarga


 Sampai jumpa lagi,

Buah keranji buah delima
Mari letak atas meja
Sirih pinang sudah ku terima
Tanda jadi kita berdua
 
 
As salam,
Izzi Canopy Team
 

No comments:

Post a Comment