Thursday 27 June 2013

Oh! Warna Warna

Terngiang-ngiang lirik lagu Warna nyanyian Sheila Majid sambil tulis entry ni

Oh! warna warna, pada dunia.. ku terpesona, kau teristimewa....oh! warna warna (ermmm lupa lirik..... ) 

Bercerita pasal warna, kita semua tau warna tema tu penting (especially pada orang perempuan..). Nak baju sedondon anak beranak time raya, lepas tu bila nak pegi ofis, tudung, baju, bag, kasut pun kena matching colours ya.. (sapa letteww)   

Bagi majlis pertunangan dan perkahwinan terutamanya, pemilihan warna tema yang sesuai, penting untuk menyerlahkan majlis. Lagi satu, warna tema ni buat majlis tu nampak harmoni dan sekata.. takdelah berbelang sini sana kannn... 

Sekarang ni, trend warna tema digabungkan antara 2 atau 3 warna yang complement each other. Tapi baik-baik, kalau dicampurkan terlalu banyak warna atau tersalah warna, takut majlis kita nampak macam funfair....
 
 
                                                  
                                               ** thank you, Mr. Culkin**

Kumpulan warna, ada tiga iaitu warna-warna hangat (warm colours), warna-warna sejuk (cool colours) dan warna-warna neutral (neutral colours).


#1. Warna hangat. Warna-warna yang tergolong dalam kumpulan ni adalah merah, kuning, jingga dan emas. Sifat-sifat positif kategori warna ni termasuklah kasih sayang, semangat, kuasa dan kegembiraan.. Nak kawen, mustilah gumbiran kaannnn? *bunyi kompang*
 
#2. Warna neutral. As the name suggest, warna-warna neutral adalah warna-warna lembut dan selalunya ia bertindak sebagai ‘balancer’ bagi warna-warna lain. Contoh warna neutral adalah krim, beige, off-white, kelabu cair. Warna hitam pun termasuk dalam kategori neutral
 
#3. Warna sejuk. Biru, hijau, indigo, ungu termasuk dalam kategori warna sejuk. Warna sejuk menghasilkan perasaan tenang kepada yang melihatnya. Kalau nak tau, warna turquoise trend untuk tahun 2013. Banyak permintaan kami terima untuk warna turquoise bagi majlis pertunangan dan perkahwinan.  Warna lain pun banyak jugak, tapi turquoise salah satu yang hawt tahun ni.

Setiap pengantin nakkan kelainan bagi majlis perkahwinan mereka. Biar apa pun warna pilihan anda, kami pasti ianya akan menyerikan lagi majlis itu nanti.

Tanya orang sebelah, ‘awak suka kaler apa?’

(Nota: sumber foto adalah dari google.com)
 

No comments:

Post a Comment