Sunday 23 June 2013

Budaya perkahwinan orang Johor


Hari ni Admin nak share pasal budaya perkahwinan orang Johor (Sebab admin orang Johor tapi suami orang Selangor). Ada 5 perkara yang saya ingat (mungkin ada lebih), memang special kat Johor
 
 
#1 Berzanji dan khatam Quran
Budaya  biasa di Johor terutama majlis di belah perempuan, di mana pengantin perempuan akan berzanji dan juga berkhatam Quran. Selalunya pengantin perempuan atau saudara pengantin akan berkhatam Quran pada malam sebelum berlangsungnya akad nikah.

 
#2 . Kugiran/ Joget lambak
Kugiran dan joget lambak dulu budaya common di Johor (Negeri lain pun ada rasanya). Tak pasti masih ada lagi tak kugiran dan joget lambak sekarang ni.. tapi zaman 80-an dulu (zaman saya kecik-kecik dulu), memang meriah la malam tu…

Biasanya joget lambak ni dibuat oleh keluarga pengantin belah malam di mana ianya dikira sebagai hiburan menghilangkan penat bagi jiran-jiran dan penanggar yang menolong pada siang hari tu. tapi muzik yang dipasang tu ya ampuunnn.... kuat dan berterusan sampai pukul 2-3 pagi ya..

                                            joget lambak jaman dolu-dolu
 
 
#3 Sekatan "tol" di majlis pengantin perempuan

Budaya yang cukup popular bila berkahwin dengan orang Johor iaitu sekatan tol ketika mahu bersanding. Ketika rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan, biasanya akan mengalami beberapa "sekatan" oleh sedara mara dan ahli keluarga pengantin perempuan.
"Sekatan" hanya dibuka bila dihulurkan sampul berisi duit (jumlah tidak ditetapkan, RM1 pon boleh). Ada juga yang nak kasi stress lebih pada rombongan lelaki, siap berbalas pantun. Hehehe..

Bayangkan masa tu, pengantin lelaki berdiri (walaupun berpayung) bawah panas terik, siap bertanjak dengan baju songket bagai, kena sekat tol tiga empat kali …  (nak sangat kawen dengan orang Johor kaannnn)



#4 Telur pindang

Telur pindang memang famous kat Johor. Satu kemestian untuk majlis perkahwinan, tapi rasanya sekarang makin jarang kita jumpa sebab proses nak sediakan tu rumit dan lama.. nanti saya ceritakan proses nak masak telor pindang ya.. Untuk merebus telur pindang ni selalunya mengambil masa dalam 1 – 3 hari (bergantung pada kuantiti telur yang dimasak). Ramuannya pulak, meriah.. bermacam-macam jenis daun ada
 
 
#5 Tarian - kuda kepang, zapin

Suatu waktu dulu tarian kuda kepang dan zapin cukup terkenal sebagai tarian tradisi Negeri Johor.  
Kuda kepang berupa satu patung anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang di anyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik. Cuma yang ‘bahaya’ sikit kuda kepang ni, penari dia boleh ‘naik syeikh’. Hehehe..
 
                            pelbagai bentuk dan warna kuda kepang. Terpulang pada
                                                        taste masing-masing
 
 
Ini je serba sedikit info pasal budaya perkahwinan orang Johor buat masa ni.. Kita jumpa lagi nanti
 
 
As salam
 
Izzi Canopy Team
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment