Sunday 28 July 2013

Terma dan Syarat

As salam semua. Hari ni saya nak share sikit pasal terma dan syarat perkhidmatan kami. Tak banyak.. sikit jer... terma dan syarat ni, actually baik untuk kedua-dua belah pihak kan.

Ok.. Berikut adalah terma dan syarat yang digunapakai bagi perkhidmatan Izzi Canopy & Catering.


Bayaran:

Deposit:
10% bayaran atau minimum RM100, sebagai pengesahan tempahan. Ini sebagai tanda kedua-dua belah pihak komited dengan janji kita (hew hew hew)

 
Terma bayaran:
1. Sewa khemah
    30%: 30 hari sebelum majlis
    50%: 14 hari sebelum majlis
    10%: selesai pemasangan khemah

2. Katering
    80%: 14 hari sebelum majlis
    10%: majlis tamat


PENTING:
  1. Segala terma dan syarat adalah terpakai selepas pengesahan tempahan diterima
  2. Sila maklum bahawa 10% deposit atau minimum RM100 yang telah dibayar adalah non-refundable, sebagai tanda komitmen kedua-dua belah pihak
  3. Perkhidmatan di luar Lembah Klang, caj pengangkutan dan penginapan (sekiranya perlu) akan dikenakan.
  4. Notis untuk sebarang pertukaran atau perubahan warna tema atau menu hendaklah diberi sekurang-kurangnya 21 hari dari tarikh majlis. Izzi Canopy & Catering Services berhak untuk tidak menerima sebarang permintaan bagi pertukaran yang dibuat pada saat-saat akhir. (Persediaan untuk majlis anda dimulakan seawal 21 hari sebelum majlis, jadi pertukaran pada saat-saat akhir akan menyebabkan pertambahan kos)
  5. Sebarang kerosakan atau kehilangan peralatan semasa di dalam tempoh penyewaan adalah di bawah tanggungjawab pihak Penyewa. Izzi Canopy & Catering Services berhak untuk menuntut bayaran gantirugi atas sebarang kerosakan dan kehilangan peralatan.
  6. Bayaran akhir sebanyak 10% hendaklah dijelaskan tidak lebih dari 3 hari selepas majlis

Untuk maklumat lanjut, boleh la lawat facebook kami: www.izzicanopy.com/izzicanopy atau follow instagram izzicanopy

untuk sebarang pertanyaan atau tempahan khemah kahwin, boleh call Khalil di 0122133387 atau Rozita di 0122115885 atau email je ke izzicanopy@yahoo.com ya


No comments:

Post a Comment