Sunday 28 July 2013

Tips mengadakan Majlis Perkahwinan di dewan

Selain dari majlis perkahwinan di rumah, bakal pengantin dan keluarga juga mengadakan majlis di Dewan atau Hotel-hotel. Terpulang pada citarasa, bajet dan keperluan masing-masing kan..

Berikut adalah tips ringkas kepada mereka yang merancang nak mengadakan majlis di Dewan:

1. Kelengkapan: Pastikan dewan tersebut mempunyai kelengkapan yang cukup bagi
    kemudahan tetamu yang hadir. Antaranya tempat letak kereta, ruang solat, tandas dll

2. Tempoh sewaan: Pastikan tempoh sewaan mencukupi untuk tujuan pemasangan

    pelamin, meja dan kerusi dan juga kerja pembersihan selepas majlis.

3. Kelengkapan: Sekiranya pihak pengurusan dewan tidak menyediakan kerusi, meja

    serta peralatan lain, pastikan anda telah membuat tempahan dari pihak kanopi
    atau katerer

4. Kapasiti dewan: Ianya amat penting bagi memastikan keselesaan tetamu yang hadir.

    Pastikan kapasiti dewan boleh memuatkan jumlah tetamu yang telah dijemput. Tak
    manis jika tetamu kita tercari-cari atau harus berdiri lama untuk mencari tempat
    duduk.

5. Perancangan rapi: Pastikan anda melawat dewan bersama dengan pihak kanopi,

    katerer dan pelamin sebelum majlis berlangsung, untuk mengelakkan kekecohan
    atau kelam kabut pada saat-saat akhir

 
Berikut adalah contoh majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Damansara. Dewan tersebut memang besar, boleh menampung dalam 1000 - 1500 tetamu dalam satu-satu masa

 



 


Untuk maklumat lanjut, boleh lawati www.facebook.com/izzicanopy atau follow instagram Izzicanopy.

Kalau nak dengar suara lemak merdu dan gemersik kami, boleh gak call Rozita di 012 2115885 atau Khalil di 012 2133387.

Sampai jumpa lagi. Salamm...

No comments:

Post a Comment