Friday 5 July 2013

Save the date!

Ada apa dengan tarikh kawen? Apa istimewanya tarikh yang kita pilih untuk langsungkan tarikh perkahwinan kita.. Tiap orang ada sebab tersendiri la kan.. (eh! suka hatila, bila aku nak kawen.. kan…?).



Basically, kita pilih satu-satu tarikh tu sebab:

1. Senang nak ingat – selalunya sama hari dengan besday kita 

2. Nombor cantik.. contoh: 20-11-2011, 12-12-12, 20-12-2012

3. Masa tu cuti panjang, especially bila jatuh pada hari cuti umum macam hari Pekerja, hari Kemerdekaan dan masa cuti sekolah (paling popular).
Dalam pada kita excited nak pilih-pilih tarikh ni, ada kelebihan dan kekurangannya.

Kelebihan:

1. Bila nombor 20102010, 8888, 111111, 121212 tertera pada kad kawen, bunting yang ada gambar pre-wed tu, kan suker! Cantik kan bang tarikh kawen kitew…. *mata kelip-kelip*

2. Senang nak ingat especially bila time anniversary….ini ditujukan kepada para suami.. takde sebab tak dapat hadiah anniversary eh..   

3. Hari istimewa anda diraikan satu Malaysia.. hehehe.. bila hari tu kebetulan ada cuti panjang sempena cuti Hari Pekerja, Hari Kemerdekaan *bunga api kat KLCC* .. 1Malaysia celebrate dengan kita .. 

Kekurangan:

1. Hari tu jugak ramai lah pasangan lain yang buat perancangan nak kawen… sampai pening tok kadi.. tak cukup tangan okeh.. berkejar ke sana sini, nak sempurnakan hajat sang pengantin… tak baik kecikkan hati orang, ye tak?

2. Booking untuk pakej perkahwinan untuk tarikh-tarikh hawt tu sure dah penuh, sebab selalunya booking untuk tarikh-tarikh cantik ni, dah dibuat selewat-lewatnya 12 bulan sebelum tu… *hint2: baik buat booking cecepat dik non.. boleh la hubungi Izzi Canopy & Catering sekarang ya*
3. Kawan-kawan kita pun pening, sebab wedding  invitations untuk tarikh istimewa selalunya banyak. Kalau satu negeri takpe, buatnya, satu kat Penang, satu kat Kelantan, satu kat Negeri Sembilan..? Dua-dua besfren.. kalau tak pegi confirm perang dingin dua purnama..  Itu belum masuk birthday party anak sedara, cukur jambul anak jiran lagi.. haihhhh stress...
Jadi bila kita dah berkira-kira nak makan nasi minyak tu, kena la juga consider bila kita adakan majlis tu ya. Lebih penting lagi, boleh buat booking awal.. psssttttt, selalunya bila booking awal-awal ni, dapat harga terbaek taw berbanding dengan tempahan dibuat untuk majlis yang sebulan dua lagi..  

So apa pun tarikh yang anda pilih, semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Amin..

No comments:

Post a Comment